Friday 3 October 2014

BAB 8 :ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

PERKARA 3- AGAMA BAGI PERSEKUTUAN


Menurut Profesor Ahmad Ibrahim peruntukan ini antara yang penting dalam perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, telah berlaku banyak salah faham tentang tafsirannya. Antara salah faham yang paling nyata ialah pendapat yang menyatakan bahawa setiap upacara rasmi di Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur amalan agama Islam. Beliau berpendapat bahawa ini tidaklah benar kerana Perkara 3 memberi kebebasan yang meluas untuk penganut-penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka. Lagipun terdapat banyak amalan agama Islam yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Islam sahaja seperti sembahyang dan sebagainya. Dan sini tidak timbul isu bahawa orang-orang bukan Islam rnesti melakukan amalan orang-orang Islam.
Perkara 3 secara nyata memberi jaminan kepada orang-orang bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa gangguan. Jika perkataan agama' merangkumi bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan keagamaan tetapi termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut-penganut agama tersebut maka makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada agama Islam'. Islam bukan sahaja satu kepercayaan keagamaan dan upacara agama, tetapi satu cara hidup yang merangkumi semua aspek termasuklah undang-undang.
Melihat daripada perspektif undang-undang perlembagaan dan jika dirujuk secara keseluruhan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia maka beberapa kesan boleh dilihat daripada peruntukan Perkara 3 tersebut. Antaranya:
Perkara 160 memberi definisi Melayu' sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Menurut Tun Salleh Abas Melayu' dan Islam' adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mengkehendaki rajanya seorang berbangsa Melayu beragama Islam dan dan keturunan diraja.
Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong beliau mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz, Wallahi, wabillahi, watallahi' yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam, (Perkara 37 dan jadual keempat Perlembagaan Persekutuan).
Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.
Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Is1am mereka mempunyai budibicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Melayu' dan Islam' ialah dua entiti yang tidak holeh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Is1am.
Dengan itu jelas bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong itu sendiri mempunyai peranan yang amat penting terhadap agama Islam. Baginda ialah,
Kepada Utama Negara bagi Persekutuan yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan ...

http://tayibah.com/eIslam/kedudukan_undang_islam.php

No comments:

Post a Comment