Sunday 5 October 2014

REVIEWS

Malaysia Studies is about the history of Malaysia before and after it is free from being colonized by the terrorist . The early history of the country told us about how Malacca was founded by Parameswara who was then converted his religion to Islam and started to known as Raja Iskandar Syah .

Sequence of Malaysia Studies was continued with struggle for Malaysia's independence and formation of Malaysia . This topic was build to discuss about the process to achieve independence, the formation of Persekutuan Tanah Melayu 1948, the committee of relationship between races and others .

Parliamentary democracy is one of a sub-topic in system of government and administration . It told us about the definition of parliamentary democracy and the benefits of the system when it is being used in Malaysia .

In topic 4, we learn to know about Malaysia's constitutinal . From this topic, students of Malaysia Studies were exposed on steps of elections in Malaysia . Elections will be held every 5 years in order to choose the next Prime Minister to lead Malaysia on it's way to achieve Wawasan 2020 . The elections system shows that Malaysia is a democracy county .

Community and solidarity both are the important medium to have a harmony country as it is weapon to keep Malaysia peace . When there are a solidarity between people even they are from different races and religons, then our country will countinuosly be in a good condition .

The ideas of 1 Malaysia which is introduced by our Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak . This ideas is a way to keep Malaysia develop .

For the conclusion, Malaysia Studies is an important subject to be learned by the youngsters in order to make sure that they know about the sacrifice of the fighters old days . All of the fighter had tried their very all best to have an independence country so we should thanks them a lot as it is because of them we had a chance to enjoyed this peaceful Malaysia .

BAB 6 : PEMBANGUNAN NEGARA (1 MALAYSIA)

Satu negara, satu matlamat'


Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara berterusan menyampaikan mesej bahawa 'keamanan, kestabilan dan pembangunan yang dinikmati membolehkan kerajaan melindungi setiap kaum tidak kira majoriti atau minoriti'.

Dalam persekitaran demografi masyarakat majmuk, sudah pasti perlindungan yang dicerminkan oleh Najib dan Muhyiddin merujuk kepada keperluan dan kemahuan masyarakat merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencakupi kesemua warga tanpa mengira batasan keturunan, kepercayaan, agama dan gender. Fahaman politik juga tidak tidak terkecuali.

Ia perlu dilihat pasca 2008 bagaimanakah kedua-dua pemimpin ini sedang berusaha gigih memulihkan semula keyakinan dan kepercayaan ke atas parti dan kerajaan; sedangkan ada pihak yang secara berterusan menggambarkan keadaan sebelum 2008 untuk meruntuhkan kadar sokongan sehingga mahu menghakis kekuatan yang cuba dibina oleh Najib dan Muhyiddin.

Teras kepimpinan Najib berpaksikan kepada konsep 1Malaysia yang telah dan sedang melalui fasa berbeza untuk memaparkan sifat 'kepunyaan' dalam mengadun keserasian dalam konteks masyarakat yang rencam dan perbezaan yang jelas ketara. Ketika ia mula diperkenalkan sebagai satu konsep, gagasan, agenda atau dasar sekalipun, ramai menyuarakan ketidakyakinan sehingga ada juga yang menyoal dan mempersendakan konsep tersebut.

Namun, hari ini ia sudah mewarnai setiap pelosok negara dengan kepelbagaian dalam penjenamaan dan pasaran sehingga masyarakat dari berbagai kumpulan umur tahu kewujudannya.

Konsep 1Malaysia mempunyai tiga fasa yang berbeza yakni tahap kesedaran, kefahaman dan penerapan. Di peringkat pertama, apa yang dilakukan adalah untuk membolehkan masyarakat sedar adanya konsep 1Malaysia di bawah kepimpinan Najib dan mahu memahami tuntutan keperluannya dalam persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang sudah jauh berubah disebabkan oleh faktor penolak dan penarik menyumbang kepada keadaan seperti itu.

Ia dilambangkan melalui simbol 1Malaysia yang digunapakai dalam hampir kesemua urusan pentadbiran, perniagaan dan komunikasi yang turut membawa kepad penubuhan kelab dan pasukan penyokong simbol ini.

Selepas setahun melepasi fasa ini untuk melahirkan kesedaran, di tahun kedua, kerajaan memulakan projek pemahaman agar lambang tidak dilihat sebagai simbol semata-mata, tetapi tahu fungsi, peranan dan maksud di sebalik simbol 1Malaysia.

Ia berkisahkan kepada soal hak dan tanggungjawab dengan penekanan ke atas nilai penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial. Masyarakat Malaysia sememangnya kompleks tetapi itu tidak membenarkan kehadiran syak wasangka, prejudis dan etnosentrik yang tebal dalam kalangan anggotanya.

Yang mahu diutamakan adalah fitrah manusia dilahirkan untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain, menerima perbezaan sebagai satu kekuatan dan kepelbagaian adalah aset dan bukan liabiliti yang boleh memudaratkan negara. Nilai kemanusiaan dijadikan perkongsian bersama.
Perlembagaan masih utuh di persada tertinggi 1Malaysia supaya warganya tidak bersifat memilih peraturan dan undang-undang semata-mata untuk keselesaan sahaja.

Begitu juga dengan semangat patriotisme dan nasionalisme yang disulam dengan nilai hormat, faham dan bertimbangrasa dalam semua keadaan agar tidak menganggu kemuafakatan, keakraban, keharmonian dan perpaduan negara ini. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan amalan agama lain; kedaulatan institusi raja-raja Melayu; Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan praktis bahasa lain; serta hak istimewa bumiputera dan hak sah etnik lain serta kewarganegaraan merupakan intipati yang dipertahankan. Maka sesiapa yang hina dan mengejek kedudukan raja-raja Melayu tahu musibahnya kerana ia adalah salah satu teras utama dinding pembinaan negara-bangsa ini.

Sudah pasti dengan kekayaan sumber yang ada, tidak ada masyarakat yang harus terkebelakang. Masing-masing harus mencari titik keseimbangan supaya jurang antara etnik, perbezaan dalam etnik, kedudukan antara kelas tidak membesar sehingga melahirkan golongan yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin kekal papa. Keadilan sosial merangkumi kesemua kelompok komuniti terutama yang berada dalam anggaran 35-40% di bawah garis kemiskinan. Kualiti kehidupan juga menjadi asas utama dalam konsep 1Malaysia.

1Malaysia berprinsipkan 'satu negara, satu matlamat'; masing-masing bersama membuktikan ada kesepaduan menggembleng dan memobilisasi sokongan agar tidak meroboh apa yang sudah dibina selama ini. Konsep 1Malaysia adalah pelengkap kepada Wawasan 2020 yang mahu melihat bangsa Malaysia bertamadun, menjunjung ketertinggian Perlembagaan, fasih berbahasa Malaysia dan bangga menjadi warga Malaysia.

Sepanjang tiga tahun berdasarkan kepada perjuangan ini, maka Najib berjaya melontar pencapaian di bawah perancangan konsep 1Malaysia. Orang kebanyakan tidak faham segala pelan transformasi beliau kerana ia mungkin mudah untuk segelintir sahaja dan pastinya kita tidak mahu mendalami formula pencapaian bersama konsep mikro dan makro dalam pemahaman transformasi yang dijana.

Yang mahu dilihat dan mudah difahami adalah kejayaan seperti BR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, Skim Penyelarasan Harga, Bantuan Pelajar RM100, Baucar Buku 1Malaysia RM200, Karisma (Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia), SARA 1Malaysia, PRIMA (Perumahan 1Malaysia), TUKAR (Transformasi Kedai Runcit), Menu Rakyat 1Malaysia; semuanya adalah bentuk pelan transformasi berpusatkan kepada konsep 1Malaysia.

Itulah yang akan difahami oleh rakyat dari diberitahu untuk menyelami pelan strategik dan hala tuju kerana yang akan dinilai adalah pelaksanaan dan sistem penyampaian yang memberi kesan kepada kumpulan sasar dan bukan sebagaimana yang dibukukan mengikut perancangan yang sukar difahami oleh akar umbi kerana bersifat akademik.

Barangkali, sebagai Pemangku Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; praktis 1Malaysia boleh diperhebatkan sebagaimana dilakukan ke atas SARA 1Malaysia dan Karisma.

Najib boleh melakukan penambahbaikan ke atas isu berkaitan wanita, keluarga, orang kurang upaya, warga emas dan masyarakat terutama ketika umum sedang berhadapan dengan krisis sosial yang berpanjangan. Malahan, ini masanya untuk melakukan perubahan drastik ke atas isu kebajikan kerana masih ramai yang dipinggirkan walaupun ada yang mendapat bantuannya.

Yang penting adalah selepas melalui kesemua fasa, Najib harus memastikan tidak ada sabotaj dalam pelaksanaan yang dilakukan agensi berkaitan kerana pelaksana juga harus diperingatkan bahawa walaupun mereka mungkin mempunyai fahaman politik yang songsang dan tidak sealiran, tetapi tanggungjawab sebagai penjawat pelaksanaan tidak boleh dikompromi. Begitu juga dengan kumpulan yang 'belakang cakap satu, di depan cakap satu'. Personaliti seperti ini harus dihukum oleh pihak berwajib dan masyarakat.

Sama ada Malaysia akan mengukir sejarah baru kini atau menjadi nota kaki dalam lipatan sejarah terletak di tangan rakyat. Malaysia harus boleh merentasi tahun-tahun mendatang dengan membina keazaman, keyakinan dengan mengambil iktibar dan iltizam dengan apa yang berlaku disini dan ditempat lain. Nilai ekstremisme fahaman politik mesti ditolak dengan majoriti kumpulan yang senyap tidak membiarkan kehilangan apa yang kita ada.

Kesederhanaan atau wasatiyah mendasari prinsip perjuangan kepimpinan hari ini dan ia wajar dijadikan rujukan berterusan sebagaimana yang dilakukan oleh negara luar. Hanya masa yang akan menentukan apakah Malaysia akan kekal sebagai contoh kepada negara lain yang mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada bumi ini jika rakyatnya sendiri tidak mahu melihat kepentingan keserasian kepelbagaian tanah air ini.

 SUMBER :

 Link :          http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1383/Satu-negara-satu-matlamat
 Rujukan :   Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian
                         Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
                         Universiti Sains Malaysia 

BAB 4 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung, Parlimen, Kabinet.

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
 HAK-HAK ASASI

Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:

6.2.1     KEBEBASAN DIRI
Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa 24 jam.

6.2.2     KEABDIAN DAN KERJA PAKSA
Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa. Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan  untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.

6.2.3     KESAMARATAAN DI SISI UNDANG-UNDANG
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.

6.2.4     LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN BERGERAK
Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

6.2.5     KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN PERSATUAN 
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Namun demikian, parlimen boleh  mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

6.2.6     KEBEBASAN BERAGAMA
Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing. Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam.


 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU SERTA HAK KAUM BUMIPUTERA YANG LAIN

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
i.              Seorang yang beragama Islam,
ii.             Bertutur bahasa Melayu,
iii.            Mengamalkan adat istiadat Melayu,
iv.           Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
 6.2.1     PERKHIDMATAN AWAM

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Amat penting untuk YDPA merizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak  suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam persekutuan memandangkan sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sangat kurang. Pada masa Tanah Melayu dijajah oleh British, kebanyakan jawatan-jawatan rendah dalam pentadbiran dipegang oleh orang-orang India dan Sri Lanka yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala jawatan-jawatan tinggi pula dipegang oleh orang British. Penduduk pribumi pula bekerja sebagai nelayan dan petani. Untuk memperbaiki keadaan ini, para perwakilan daripada kaum Melayu, Cina dan India yang merangka  perlembagaan telah sepakat bahawa bilangan orang Melayu dalam pentadbiran mestilah ditambah dan diberi keutamaan

6.2.1     LAPANGAN EKONOMI
 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghuraikan tentang keistimewaan khas orang Melayu dan Bumipetera Sabah dan Sarawak dalam lapangan ekonomi. Dalam hal ini undang-undang Persekutuan menggariskan jika sesuatu permit atau lesen yang dikehendaki bagi menjalankan urusan perniagaan dan perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan permit atau lesen bagi menentukan kadar perizaban kepada orang Melayu.
 6.2.1     PENDIDIKAN
Bagi mengelakkan orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi, pembelaan pendidikan orang Melayu sangat penting. Ini memandangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi bergantung pada pendidikan. Justeru, kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi.

Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan YDPA bertanggungjawab untuk melindung kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka seperti biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran dana lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, YDPA boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya. 
 PROSES PILIHANRAYA
Pilihan Raya di Malaysia dijalankan bagi menunjukkan bahawa negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem pilihan raya mula diperkenalkan pada tahun 1955 dan terus diadakan setiap lima tahun sekali sehingga kini. Fungsi utama pilihanraya adalah:
i.              Untuk menentukan pemindahan kuasa tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.
ii.             Menunjukkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi.

PENAMAAN CALON DAN BERKEMPEN
Beberapa syarat perlu dipatuhi bagi calon yang bertanding dalam pilihan raya samada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, iaitu:
i.              Berumur 21 tahun ke atas,
ii.             Warganegara Malaysia,
iii.            Berakal/ Waras,
iv.           Tidak sabit kesalahan oleh mana-mana mahkamah (penjara satu tahun atau denda lebih RM2000),
v.            Tidak memegang mana-mana jawatan bergaji,
vi.           Tidak muflis,
vii.          Bermastautin secara tetap dalam kawasan pilihanraya dan telah mendaftar sebagai pengundi.
Pilihanraya hanya akan diadakan sekiranya terdapat lebih dari calon yang didaftarkan untuk bertanding dalam satu kawasan piliharaya, jika tidak calon akan dianggap sebagai menang tanpa bertanding. Calon boleh bertanding atas nama parti atau perseorangan. 

6.4.2     PENGUNDIAN
Sebelum keluar mengundi, pengundi perlu mendaftarkan diri dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Selain itu, pengundi juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu:
i.              Warganegara Malaysia,
ii.             Berumur 21 tahun ke atas,
iii.            Bermastautin di sesuatu bahagian pilihan raya,
iv.           Mengundi dalam satu bahagian pilihanraya sahaja

Bagi warganegara yang berada diluar kawasan pilihanraya, mereka dibenarkan mengundi melalui pos. Antara individu yang dibenarkan untuk mengundi pos ialah:
i.              Anggota perkhidmatan awam,
ii.             Pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian,
iii.            Anggota Polis,
iv.           Pegawai tentera yang berugas di perbatasan/ hutan belentara,
v.            Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar Negara semasa pengundian dijalankan

6.4.2     PENGIRAAN UNDI

Proses pengiraan undi akan dilakukan pada tempat mengundi atau berkelompok dan undi-undi pos bagi setiap bahagian pilihan raya dikira ditempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Semasa pengiraan dan penjumlahan undi, hanya orang berikut yang di benarkan mengira undi:
i.              Anggota dan pegawai SPR
ii.             Pegawai yang dilantik oleh SPR
iii.            Kerani yang mengira undi
6.4.2      KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

Keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya  mengikut kawasan tersebut. Mana-mana calon yang mendapat undi terbanyak akan di anggap menang dalam pilihan raya tersebut. Seterusnya, keputusan bagi seluruh kawasan pilihan raya akan diumumkan dan parti yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan 
Walau bagaimanapun, keputusan pilihan raya boleh di cabar melalui mahkamah sekiranya berlaku:
i.              Penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang
ii.             Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya
iii.            Calon atau ejen calon hilang kelayakan
iv.           Berlaku penipuan dan ugutan

 KOMPONEN PARLIMEN
Parlimen merupakan badan perundangan bagi Malaysia dan kedudukannya terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan pada Bahagian 4, Bab 4, Perkara 44-65. Parlimen merupakan satu badan yang menunjukkan sekali lagi tentang kewujudan demokrasi berparlimen melalui pemilihan ahli-ahlinya dalam Dewan Rakyat melalui pilihanraya. Badan ini mempunyai tiga komponen iaitu Yang di-Pertuan Agung, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Bil.

Dewan Rakyat
Dewan Negara
1.
Syarat kelayakan ahli
21 tahun ke atas
30 tahun keatas                               
2.
Tempoh jawatan
5 tahun
3 tahun
(2 penggal= 6 tahun)
3.
Bilangan ahli
219 orang ahli
69 orang
1. 2 orang bagi setiap negeri yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN)
2. 2 orang wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang wakil dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik oleh YDPA
3. 40 orang ahli yang dilantik oleh YDPA
4.
Sebab-sebab hilang kelayakan
1.  Gila / tidak sempurna akal
2.  Muflis-yang belum dibebaskan lagi
3.  Pegang jawatan bergaji sepenuh masa dalam perkhidmatan awam
4.  Tidak hadir dalam persidangan Dewan Rakyat selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin dari Dewan rakyat
5.  Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam tempoh yang ditetapkan setelah mengambil bahagian dalam pilihanraya
6.  Sabit kesalahan jenayah dalam mana-mana Mahkamah Persekutuan-penjara tidak kurang 1 tahun, denda tidak kurang RM2000 dan tidak mendapat pengampunan
7.  Memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan memberi taat setia kepada Negara itu.
1. Dilucutkan jawatan-dengan sebab.
2.  Meletak jawatan.
5.
Tugas/ bidang kuasa
- Tugas Dewan Rakyat-menggubal dan meluluskan Rang Undang-Undang (RU2)
- RU2 kewangan hanya boleh dimulakan perbahasannya di DR.
- Tugas DN-membahas RU2 lebih teliti
- Dewan Negara tidak boleh menolak RU2 yang telah diluluskan oleh DR tetapi berkuasa untuk menangguh RU2.
- Penangguhan bagi RU2 kewangan hanya boleh dibuat selama sebulan dan bagi RU2 lain boleh ditangguhkan selama setahun

BAB 2 : PERJUANGAN KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA


Proses Mencapai kemerdekaan

~ Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
~ Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC).
~ Penggunaan sistem Ahli di Tanah Melayu.
~ Pilihan Raya Umum 1955.
~ Rundingan Kemerdekaan.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

~ Persekutuan Tanah Melayu adalah hasil gabungan 11 negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit politik yang sama.
~ Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
~ Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan bertujuan untuk menyelaraskan pentadbiran sekaligus menjimatkan kos pentadbiran.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

~ Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ialah satu jawatankuasa yang terdiri daripada pemimpin Melayu (DAto' Onn Jaafar), Cina (Tun Tan Cheng Lock), India, Ceylon, Eropah dan Serani yang melakukan rundingan untuk mencapai matlamat mereka iaitu bersatu padu.
~ Hasil daripada perbincangan itu, mereka bersetuju untuk berkompromi,
# Syarat Kerakyatan telah dilonggarkan untuk memudahkan orang Cina dan India menjadi rakyat di Tanah Melayu.
# Orang Melayu diberikan bantuan sama ada bantuan dari segi ekonomi, sosial mahupun pendidikan untuk memajukan orang Melayu.
# Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai.
# Sistem Pendidikan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sistem Ahli

~ Sistem ahli merupakan sebuah sistem yang digunakan di Tanah Melayu untuk melatih pemimpin tempatan dalam menjalankan pentadbiran di Tanah Melayu.
~ Meskipun British telah memberikan peluang kepada penduduk Tanah Melayu untuk menjalankan pentadbiran akan tetapi perkara itu berlaku hanya untuk menjaga kepentingan British semata-mata.
~ Buktinya pegawai-pegawai British masih diberikan jawatan menteri yang lebih tinggi dan penting manakala pemimpin tempatan hanya diberikan jawatan menteri yang tidak begitu penting dalam pentadbiran Tanah Melayu.

Pilihan Raya Umum 1955

~ Pilihan Raya Umum 1955 pilihan raya umum yang pertama diadakan di Tanah Melayu.
~ Pada ketika itu, Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah mendapat keputusan majoriti setelah menguasai 51 kerusi yang dipertandingkan. 
~ 1 lagi kerusi dikuasai oleh calon daripada PAS.
~ Kejayaan Parti Perikatan adalah disebabkan manifesto Parti Perikatan.
# Kemerdekaan akan dicapai dalam masa 4 tahun.
# Menjaga hak dan kepentingan Raja-raja Melayu.
# Pemerintahan adalah bercorak tempatan.
# Menamatkan darurat yang berlaku.

Rundingan Kemerdekaan
~ Pada tahun 1956, Tanah Melayu telah menghantar rombongan yang terdiri daripada pemimpin tempatan beberapa kaum untuk ke London bagi membincangkan tuntutan penduduk Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan.
~ Rombongan tersebut terdiri daripada,
# Tunku Abdul Rahman
# Dato' H.S Lee
# Dato' T.H Tan
# Dato' Panglima Bukit Gantang 
# Dan lain-lain
~ Pada 06 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman selaku ketua rombongan telah menurunkan tandatangan ke atas perjanjian merdeka menunjukkan kejayaan rundingan kemerdekaan yang diadakan.

Friday 3 October 2014


BAB 5 :KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

RUKUN NEGARA SEBAGAI SATU STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN


Bilakah Rukun Negara mula digunapakai
Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

Kenapa Rukun Negara dibentuk
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti politik.

Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk keharmonian kaum.


Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara
a) Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.


d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni


BAB 8 :ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

PERKARA 3- AGAMA BAGI PERSEKUTUAN


Menurut Profesor Ahmad Ibrahim peruntukan ini antara yang penting dalam perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, telah berlaku banyak salah faham tentang tafsirannya. Antara salah faham yang paling nyata ialah pendapat yang menyatakan bahawa setiap upacara rasmi di Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur amalan agama Islam. Beliau berpendapat bahawa ini tidaklah benar kerana Perkara 3 memberi kebebasan yang meluas untuk penganut-penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka. Lagipun terdapat banyak amalan agama Islam yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Islam sahaja seperti sembahyang dan sebagainya. Dan sini tidak timbul isu bahawa orang-orang bukan Islam rnesti melakukan amalan orang-orang Islam.
Perkara 3 secara nyata memberi jaminan kepada orang-orang bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa gangguan. Jika perkataan agama' merangkumi bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan keagamaan tetapi termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut-penganut agama tersebut maka makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada agama Islam'. Islam bukan sahaja satu kepercayaan keagamaan dan upacara agama, tetapi satu cara hidup yang merangkumi semua aspek termasuklah undang-undang.
Melihat daripada perspektif undang-undang perlembagaan dan jika dirujuk secara keseluruhan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia maka beberapa kesan boleh dilihat daripada peruntukan Perkara 3 tersebut. Antaranya:
Perkara 160 memberi definisi Melayu' sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Menurut Tun Salleh Abas Melayu' dan Islam' adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mengkehendaki rajanya seorang berbangsa Melayu beragama Islam dan dan keturunan diraja.
Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong beliau mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz, Wallahi, wabillahi, watallahi' yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam, (Perkara 37 dan jadual keempat Perlembagaan Persekutuan).
Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.
Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Is1am mereka mempunyai budibicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Melayu' dan Islam' ialah dua entiti yang tidak holeh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Is1am.
Dengan itu jelas bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong itu sendiri mempunyai peranan yang amat penting terhadap agama Islam. Baginda ialah,
Kepada Utama Negara bagi Persekutuan yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan ...

http://tayibah.com/eIslam/kedudukan_undang_islam.php